fbpx

MY Gaya Month tampilkan 20 jenama tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAMA-JENAMA fesyen tempatan dimartabatkan pada acara MY Gaya Month yang diadakan di Kuala Lumpur sehingga 10 November ini.

JENAMA fesyen tempatan yang mengeluarkan sama ada busana tradisional mahupun busana moden, dilihat semakin berkualiti dan mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama fesyen antarabangsa.

Malah, produk-produk fesyen tempatan juga memiliki kekuatan dan pesonanya yang tersendiri, sekali gus menjadikannya terkenal di mata dunia.

Justeru, bagi menggalakkan penjualan produk-produk tempatan demi kelestarian negara dan juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri, Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini menganjurkan sebuah acara fesyen tempatan dikenali sebagai MY Gaya Month.

Acara MY Gaya Month yang dianjurkan selama sebulan bermula 6 Oktober lalu sehingga 10 November depan itu merupakan usaha KPDNHEP untuk menggalakkan orang ramai membeli barangan fesyen tempatan.

Bertempat di pusat beli-belah Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, orang ramai boleh datang beramai-ramai bagi melihat sendiri koleksi menarik yang dihasilkan oleh 20 orang pereka Bumiputera tempatan.

Dua puluh jenama yang terlibat termasuk AS Fashion & Style, Anas Abdullah, AWEAR, BatikTEKTURA, Bujins, Evita MAIRESSE, GHADEEZ, Hasfitri, HIDA-YEAT, HOOR x S.Ash, Huda Hassan, IZWANI,

JAY- K, Kalima, Masterpiece by Masrina Abdullah, Maswira Majid, Nusantara Touch, Rebel, Spider dan Three Little Ahmads.

Pelbagai jenis produk fesyen dipamerkan di situ seperti baju wanita, baju lelaki, beg tangan dan juga kasut.

Menurut Pengarah Kanan Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan KPDNHEP, Datuk Rohaizi Bahari, beliau berbangga apabila 20 orang pereka tempatan yang berbakat besar tampil untuk memperagakan koleksi masing-masing di pentas peragaan MY Gaya Month.

“Peragaan selama dua hari ini amat bermakna kerana ia menyerlahkan bakat-bakat luar biasa yang dimiliki pereka-pereka tempatan kita dalam menterjemahkan minat dan jiwa penggemar fesyen di Malaysia,” ujarnya.

JENAMA Three Little Ahmads menampilkan pakaian kanak-kanak yang boleh disesuaikan dengan orang dewasa.

Kesemua pereka tampil dengan identiti masing-masing yang menyerlahkan lagi kepelbagaian busana yang ada di negara ini.

Jenama BatikTEKTURA misalnya, mempamerkan koleksi batik moden pelbagai warna dalam gaya kasual, sesuai buat gaya harian.

Bagi jenama pakaian kanak-kanak iaitu Three Little Ahmads pula, perekanya tampil dengan koleksi unik yang mana ia boleh dipadankan bersama koleksi orang dewasa, menjadikan jenama itu sesuai buat seisi keluarga.

Jenama Masterpiece by Masrina Abdullah juga merupakan salah satu lagi jenama yang cukup mencuri tumpuan, khususnya bagi penggemar batik memandangkan ia menampilkan rekaan batik yang bersifat flowy, sederhana dan selesa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA), Rasta Rashid berkata, pihaknya berharap kempen tersebut mampu memartabatkan lagi industri fesyen Malaysia dan memupuk minat terhadap produk-produk tempatan.

MBDA yang merupakan satu usaha sama peneraju-peneraju utama industri fesyen bagi menggalakkan perkembangan dan inovasi Industri Fesyen Malaysia yakin dengan penganjuran kempen MY

Gaya Month yang mampu memartabatkan lagi industri fesyen tanah air.

“Kami yakin langkah ini berupaya mengubah ekosistem fesyen supaya menjadi lebih kondusif pada peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

“Ramai antara kita sedia maklum tentang keunikan hasil karya, warisan dan budaya kita, namun belum ramai yang sanggup mengutamakan pemilihan produk-produk tempatan berbanding jenama antarabangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI