fbpx

Misteri 33 tong berisi bahan kimia berasap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 33 tong berisi cecair sisa bahan buangan terjadual ditemui di kawasan lapang di Kampung Kepayang dekat Simpang Pulai di sini semalam.

IPOH – Polis sedang mengesan pihak membuang 33 tong berisi cecair sisa bahan buangan terjadual di kawasan lapang di Kampung Kepayang dekat Simpang Pulai di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan berkaitan penemuan bahan kimia yang dipercayai dibuang secara haram itu dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Maklumat diterima pada pukul 3 petang semalam selepas JAS mendapat aduan mengenai pembuangan bahan kimia dalam keadaan berasap di tempat kejadian.

“Siasatan JAS dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati terdapat 33 tong bahan kimia dalam keadaan berselerak, berasap dan berbau.

“Kesemua tong itu didapati telah bocor di mana setiap satunya mengandungi cecair kimia terjadual dan yang boleh bertindak balas dengan air,” katanya dalam siang akhbar di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, pihak polis telah menjalankan siasatan dan menyerahkan kepada JAS untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini masih belum ada tangkapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI