fbpx

Megat Zulkarnain lawan Amirudin, Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Megat Zulkarnain, Amirudin dan Mohamed Azmin.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak.

Megat Zulkarnain sekaligus bakal berentap bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau bersedia untuk mempertahan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau bersedia meneruskan khidmat dan baktinya kepada rakyat di kawasan berkenaan bagi penggal seterusnya.

Mohamed Azmin merupakan penyandang kerusi Parlimen Gombak sejak tahun 2008 selepas memenangi kerusi tumpuan itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI