SAUDARA PENGARANG,
Sikap budak-budak baru nak up (BBNU) dalam kalangan rider dengan menayang slip gaji di media sosial membangkitkan kemarahan penghantar senior.
Bayangkan kerana perangai separuh masak mereka ini telah menimbulkan kesan sampingan kepada kadar upah, harga dan risiko dirompak.
Memang tak salah cari makan sama-sama, tetapi biarlah mereka yang berada di dalam dunia rider mengetahuinya.
Anda ingat mereka yang berada di tampuk T20 peduli pasal upah dan cara hidup M40 dan B40 ketika ini?
Apa yang terlintas di fikiran cuma bagaimana hendak mengisi perut ahli keluarga.
Bukan rider, malah pemandu e-hailing juga terkesan. Bayangkan mereka mempertaruhkan nyawa membawa penumpang. Risiko dirompak dan disamun memang ada.
Jika mereka dilanda musibah, kita tahu pula nak ucap takziah, tapi tanpa sedar sikap menayangkan payslip itulah yang menjadi punca.
Banyak benda hendak ditayang, buat apa beritahu satu dunia. Sudah tidak ada perkara lain nak dibuatkah?
Jika diperhatikan, perangai seperti ini hanya BBNU yang buat.
Orang lama relaks sahaja mereka memerhatikan situasi sambil tangan kemas menggenggam penumbuk. Nasib baik kau jauh mat!
Geram BBNU
Cheras, Kuala Lumpur