fbpx

Korea Selatan, Afrika Selatan laung amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrai Aizad (kanan) diasak pemain pertahanan Korea Selatan di pertandingan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh hari ini. - FOTO/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Korea Selatan dan Afrika Selatan memberi amaran terhadap kemampuan masing-masing dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah sebentar tadi.

Juara bertahan, Korea Selatan membaham tuan rumah, Malaysia 3-0 manakala Afrika Selatan membenam Pakistan 4-1 .

Dua jaringan Jang Jonghyun dan satu lagi oleh Kim Hyeonhong membolehkan anak buah Shin Seok Hyo berada di atas tuan rumah.

Jonghyun membuktikan dia sebagai pakar pukulan sudut penalti dengan dua jaringan melalui kuisan kencang melepasi Hafizuddin Othman.

Nyata pemain Malaysia tidak mempunyai jawapan terhadap permainan sistematik dan berkesan Korea Selatan.

Sementara itu Afrika Selatan mula menunjukkan belang pada suku kedua.

Selepas terikat 0-0 selama 24 minit yang menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan, Afrika Selatan memecah kebuntuan melalui Trevor Junior de Lora pada m-25.1

Dua minit kemudian, Connor Beauchamp melebarkan kedudukan pasukannya dari pukulan sudut penalti.

Anak buah Garreth Ewing mengukuhkan kedudukan dengan dua jaringan pada suku ketiga melalui Brian Senzweshihle Ngubane pada m-38 dan Vameron Yves Norman le Forestier (43).

Pakistan cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang pada minit 47 melalui tetapi jaringan Abdul Shahid itu nyata sudah terlambat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI