fbpx

Kazim Elias calon BN di Larut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kazim.

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mencipta kejutan kali ini apabila bakal bertanding sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum K-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Ustaz Kazim bakal bertanding di Parlimen Larut di mana sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah menang di Parlimen Larut pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN), namun kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Keputusan meletakkan Ustaz Kazim sebagai calon itu diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Putra di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI