fbpx

Kabel boya tambatan dialih,elak feri terkandas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja pengerukan dilakukan bagi mengeluarkan pasir dan lumpur di perairan Kuala Perlis berdekatan terminal feri di Kuala Perlis sejak Februari lalu.

LANGKAWI – Kabel tambatan boya kapal pengerukan berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah, dekat sini telah dialihkan bagi memastikan alur pelayaran feri selamat untuk dilalui.

Kabel tersebut dikatakan menjadi punca dua insiden feri terkandas di muara Kuala Kedah pada 23 dan 28 Oktober lalu.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengerukan tersebut dengan dihadiri Jabatan Laut (JLM).

“Kontraktor telah bersetuju untuk memindahkan tambatan kapal pengerukan ke sebelah kanan supaya kabel itu tidak melintang di alur pelayaran feri.

“Jadi penumpang tidak perlu lagi berasa bimbang untuk menggunakan perkhidmatan feri kerana sudah tidak ada hala­ngan yang mengganggu alur pelayaran,” katanya di sini semalam.

Beliau pada masa sama berharap agar insiden itu tidak berulang lagi.

“Kami harap tiada lagi halangan yang mengganggu alur pelayaran apabila kerja-kerja pengerukan semakin menghampiri terminal feri selepas ini,” ujarnya.

Kosmo! pada 25 Oktober lalu melaporkan seramai 547 penumpang terkandas lebih enam jam apabila feri dinaiki tersangkut beting lumpur ketika mahu mengelak kabel boya tambatan kapal pengerukan dalam kejadian di muara Kuala Kedah pada 23 Oktober.

Kejadian itu berulang lagi pada 28 Oktober lepas apabila seramai 133 penumpang terkandas selepas feri tersangkut pada kabel boya tambatan kapal berkenaan di lokasi sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI