fbpx

Jambatan gantung runtuh di India, ratusan mangsa terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA penyelamat melakukan pencarian selepas sebuah jambatan merentasi Sungai Machchhu runtuh di Morbi awal semalam. - AFP

AHMEDABAD, India  – Sekurang-kurangnya 132 orang terbunuh di India kelmarin selepas sebuah jambatan pejalan kaki berusia 150 tahun runtuh, menyebabkan  orang ramai terhumban ke dalam sungai di bawahnya.

Pihak berkuasa berkata, hampir 500 orang termasuk wanita dan kanak-kanak sedang meraikan festival  keagamaan di atas jambatan gantung itu di Morbi, barat India apabila kabel sokongan terputus, sejurus malam tiba.

Ia menyebabkan struktur di negeri Gujerat itu terhempas ke dalam sungai bersama beratus-ratus orang, manakala sebila­ngan mangsa sempat berpaut pada runtuhan.

“132 orang meninggal dunia,” kata seorang pegawai daerah sambil menambah, kebanyakan mangsa mati lemas.

Menteri negeri Gujerat, Brijesh Merja berkata, lebih 80 orang berjaya diselamatkan.

Jambatan itu dibina di atas Sungai Machchhu, sekitar 200 kilometer dari bandar utama Gujarat, Ahmedabad dan dibuka semula beberapa hari lalu  selepas kerja pembaikan dilakukan.

“Orang awam berpusu-pusu ke jambatan itu untuk ritual sempena perayaan Deepavali. Ramai kanak-kanak dan wanita antara mangsa yang terkorban,” kata seorang saksi.

Jambatan gantung sepanjang 233 meter dan lebar 1.5 meter itu dirasmikan pada 1880 oleh penjajah  British dan dibuat daripada bahan yang dihantar dari England.

Stesen penyiaran NDTV me­laporkan, jambatan itu dibuka semula Rabu lalu selepas tujuh bulan kerja pembaikan dilakukan. Struktur itu tidak mempunyai sijil keselamatan, manakala rakaman video Sabtu lalu me­nunjukkan ia bergoyang-goyang.

Berpuluh-puluh anggota tentera darat dan laut India dipanggil untuk operasi menyelamat.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan pampasan kepada waris mangsa  yang terbunuh dan mereka yang cedera dalam kemalangan itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI