fbpx

Honda Integra jadi kenderaan paling mahal dilelong RM58,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul (tengah) menyantuni salah seorang pembida program lelongan kenderaan anjuran JPJ Selangor, semalam.

SHAH ALAM – Honda Integra muncul kenderaan paling tinggi nilainya berjaya dilelong selepas dibida pada harga RM58,000 dalam program lelongan dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor semalam.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, sebanyak 135 buah kenderaan yang berjaya dijual dalam lelongan berkenaan dengan mengaut kutipan lelongan mencecah RM527,878.

Katanya, antara kenderaan lain yang turut dilelong termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dan Honda Odyssey selain Honda Civic.

“Semua kenderaan dilelong merupakan kenderaan yang disita JPJ Selangor sejak lebih setahun lalu.

“Sebuah kereta Honda Integra berjaya dilelong pada harga RM58,000 yang merupakan kenderaan lelongan paling tinggi semalam,” katanya ketika di hubungi, hari ini.

Jelas beliau, seramai 92 pembida hadir dalam proses lelongan itu yang terdiri daripada orang perseorangan dan pemilik bengkel kenderaan.

Kosmo! hari ini melaporkan JPJ Selangor berjaya mengutip sebanyak RM4.908 juta hasil lelongan kenderaan sita dari tahun 2019 hingga 2022.

Hasil lelongan itu termasuk RM370,560 yang diperoleh sehingga Julai tahun ini melibatkan lelongan sebanyak 60 buah kenderaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI