fbpx

Enam lelaki termasuk polis curi barang kemas diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Enam lelaki termasuk anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes curi barangan kemas milik seorang wanita setelah rumah kongsinya yang terletak di Pantai Remis, Beruas diserbu Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, laporan polis itu dibuat lelaki warga Myanmar berusia 34 tahun pada pukul 10 malam.

Katanya, menerusi laporan tersebut, lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu mendakwa barang kemas bernilai RM14,200 milik rakannya yang tinggal di rumah kongsi berkenaan hilang.

“Berdasarkan siasatan, lelaki terbabit mendakwa empat penjawat awam telah datang ke rumah kongsi tersebut dan menggeledah kediaman itu sebelum menyedari barang kemas milik rakannya hilang.

“Pengadu kemudian membuat laporan berkaitan kejadian itu di Balai Polis Pantai Remis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, pihaknya menahan empat penjawat awam tersebut dan dua suspek lain bagi membantu siasatan.

Katanya, kesemua mereka direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini memandangkan ia masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI