fbpx

[VIDEO] Enam kereta rosak dirempuh Subaru Forester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Subaru Forestry yang dipandu remaja terbakar keseluruhan bahagian dalam kejadian kemalangan di Kilometer 38 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) pagi tadi.

SUBANG JAYA – Seorang remaja terselamat selepas kereta jenis Subaru Forester dipandunya merempuh enam buah kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 38 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), dari arah Shah Alam menghala ke Subang Jaya, di sini, pagi tadi.

Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu turut melibatkan kereta jenis Nissan Sylphy, Perodua Alza, Honda City, Perodua Bezza, Toyota Hilux dan Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja berusia 18 tahun itu berada di lorong keempat.

“Dia kemudian telah mengubah ke laluan ketiga lalu melanggar pintu kiri depan Toyota Vios yang menghala ke Persiaran kewajipan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta Subaru itu berpusing lalu melanggar lima buah lagi kenderaan yang berada di hadapannya sebelum berhenti di tengah jalan dan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut Wan Azlan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan ke atas semua pemandu yang terlibat kemalangan ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan berlaku.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT IPD daerah Subang Jaya, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI