fbpx

Diuji kanser usus, rumah pusaka pula daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZLAN menunjukkan beg stoma yang dipasang pada perut selepas pembedahan kanser usus pada Mac 2021 ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Kool, Jerantut, Pahang semalam.

JERANTUT – Penyakit kanser usus mengubah kehidupan seorang duda anak lima berusia sembilan hingga 22 tahun dalam sekelip mata apabila dia kehila­ngan sumber pendapatan kerana tidak lagi mampu lagi melakukan kerja-kerja kampung.

Lebih menyedihkan, akibat ketiadaan sumber pendapatan, Mazlan Halim, 49, tidak mampu membaiki rumah pusaka yang didiaminya. Bumbung rumah itu hampir runtuh dan bocor manakala lantainya reput.

Mazlan sudah memohon bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun belum mendapat jawapan berhubung status kediaman tersebut.

“Saya mempunyai tapak rumah dan harap kerajaan meluluskan permohonan ini dengan segera kerana sekarang sudah tidak mampu bekerja lagi.

“Kini saya bergantung dengan wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 yang digunakan untuk membeli bara­ngan keperluan dapur dan ubat-ubatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Seri Kool di sini semalam.

Bercerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya, Mazlan memberitahu, pada awal Mac 2021, dia mengalami kesukaran membuang air besar selama dua hari selain sakit dalam perut.

Katanya, selepas dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, doktor pakar mengesahkan dia mengalami kanser usus seterusnya melakukan pembedahan pada bulan sama.

“Saya dipakaikan beg stoma bagi memudahkan untuk membuang najis selain rawatan susulan. Rutin hidup saya berubah sejak memakai beg stoma yang memerlukan belanja RM110 untuk membeli 110 keping setiap bulan,” katanya.

Mazlan kini tinggal bersama lima anaknya selepas kematian isteri pada 2018. Dua daripada anaknya bersekolah di tahun tiga dan tingkatan lima.

“Saya memerlukan belanja RM500 sebulan untuk menyara anak dan keperluan lain. Tiga anak lagi sudah bekerja, namun pendapatan mereka cukup-cukup makan. Apabila tiada pendapatan, sukar hendak uruskan anak yang bersekolah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Maz­lan di talian 017-942 0293 atau menyalurkan sumbangan ke akaun RHB Bank bernombor 15604400107440.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI