JOHOR BAHRU – Delux Holdings (M) Sdn. Bhd. (Delux), pengeluar pintu pagar automatik dan sekuriti terkemuka di Asia Tenggara, telah membuka bilik pamerannya yang terbesar khusus untuk pintu pagar automatik dan pintu sekuriti.
Bilik pameran yang terletak di Taman Ekoperniagaan di sini berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelanggan melihat dan merasai rangkaian produk Delux dan ciri-cirinya dengan lebih baik.
Pengasas syarikat, Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, pembukaan bilik pameran ini bertepatan dengan masanya kerana dapat membantu pelanggan memenuhi impian membina rumah idaman dengan lebih baik dan selamat.
“Bilik pameran ini terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk kawasan paparan contoh yang mempamerkan sehingga enam set pintu pagar automatik aluminium tanpa trek yang tersedia dalam empat panel, enam panel dengan spesifikasi berbeza serta 10 set pintu sekuriti aluminium, pintu tersedia dalam satu panel dan panel satu setengah serta dua panel selebar lapan kaki atau 2.4 meter,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran bilik pameran terbaharu itu di sini baru-baru ini.
Saig Herg menjelaskan, untuk perancangan masa depan, syarikat akan terus meningkatkan kehadiran syarikat dalam platform online.
“Kami bercadang untuk melancarkan bilik pameran pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti aluminium yang terbesar di Malaysia tahun depan.
“Kami tidak sabar untuk melihatnya menjadi kenyataan. Kami akan terus kaji dan menghasilkan produk serta reka bentuk baharu pada masa depan.” tambahnya. -KOSMO! ONLINE