fbpx

Buat gimik lagi, Baby Shima reda dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY Shima minta maaf andai ada peminat merasakan mereka tertipu dengan gimik Bang Jamal.

PETALING JAYA – Selepas meluahkan kekesalan ditipu puluhan ribu ringgit, Baby Shima mendedahkan individu dipanggil Bang Jamal yang didakwa sebagai scammer merupakan judul single baharunya.

Katanya, dia meminta maaf andai ada pihak berasa tertipu dengan kandungan yang diuar-uarkan sebelum ini.

Pemilik nama lengkap Norashima Ramli itu pada masa sama beranggapan semuanya hanyalah sebahagian daripada gimik untuk menghiburkan peminat.

“Ini bukan menipu kerana sesiapa yang ikuti saya sejak dulu sedia maklum saya mempunyai cara tersendiri memberikan hiburan.

“Malah kalau dilihat perkongsian video berhubung Bang Jamal ini, boleh nampak ini bukan ‘content’ serius.

“Mungkin penyampaian serta lakonan saya meminta semula wang dipulangkan dalam kadar segera tampak hidup hingga membuatkan sebilangan orang percaya,” katanya.

Kata Shima lagi, dia meminta maaf sekiranya ada pihak berasa tertipu dan mengaku reda sekiranya dikecam kerana menggunakan teknik pemasaran sebegitu.

“Pengikut yang sudah lama ikuti saya tahu ada sesuatu benda baharu akan diumumkan melihat kesinambungan video dikongsikan termasuk menerusi YouTube.

“Bagi yang rasa dirinya ditipu, saya minta maaf. Kalau dikecam menggunakan teknik pemasaran sebegini, saya reda,” katanya kepada Kosmo! Online.

Teknik digunakan penyanyi kontroversi itu nyata menjadi apabila video muzik rasmi lagu ciptaan Zai Hamzah tersebut meraih meraih 115,000 tontonan menerusi YouTube dalam tempoh sehari dilancarkan.

Lagu berkenaan diterbitkan oleh Harry Khalifah.

Sejak beberapa hari lalu, Shima kerap memuat naik video meluahkan rasa kecewa apabila wang yang sepatutnya dilaburkan untuk menjalankan perniagaan dibawa lari lelaki bernama Bang Jamal.

Dia turut menegaskan memberi tempoh 24 jam kepada individu tersebut memulangkan kembali duitnya atau identitinya akan didedahkan jika masih berdegil.

Perkongsiannya mengundang simpati apabila ada pengikut yang memberikan cadangan supaya dia segera membuat laporan polis.

Tidak kurang yang meninggalkan emoji ketawa kerana beranggapan itu semua sebagai kifarah buat penyanyi itu kerana kerap mencetuskan kontroversi.

Sementara itu, dalam ruangan komen dalam YouTube Shima, masih ramai peminat memuji single tersebut kerana mengikut trend semasa selain menonjolkan watak Bang Jamal yang unik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI