fbpx

BN Perak perlu 30 kerusi DUN untuk stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap pada sidang akhbar khas di Laman Seri Ridzuan, Ipoh kelmarin.

IPOH – Para pengundi di Perak perlu mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kerajaan negeri yang kuat dan stabil dapat dibentuk.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam hal ini, BN perlu memperoleh lebih 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pengundi Cina dan India perlu memenangkan calon dari MCA dan MIC agar suara mereka dapat dibawa oleh parti-parti berkenaan dalam kerajaan negeri.

“Barisan exco dalam kerajaan negeri ketika ini terdiri daripada lima Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) UMNO, Pas (dua) dan tiga dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita memerlukan wakil Cina dan India dalam exco kerajaan negeri. Tolong menangkan BN lebih daripada 30 kerusi,” katanya pada sidang akhbar khas di Laman Seri Ridzuan di sini kelmarin.

Beliau berkata, penubuhan sebuah kerajaan yang stabil membolehkan Menteri Besar dan kerajaan negeri memberi perhatian terhadap aspek pembangunan, terutamanya pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030.

“Pada ketika ini, saya dan kerajaan negeri sedang berkempen mempromosikan Perak Sejahtera 2030. Nak memajukan, me­lancarkan dan melaksanakan pelan pembangunan itu, saya perlukan kerajaan yang kuat dan stabil.

“Kerajaan yang kuat dan stabil ini, kerajaan satu parti tunggal atas nama BN,” katanya.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Pengerusi BN Perak berkata, sudah menjadi kelaziman bagi BN untuk mengumumkan calon pilihan raya tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Katanya, ia tiada kaitan de­ngan strategi, namun sudah menjadi amalan komponen tersebut untuk berbuat demi­kian.

Dalam pada itu, beliau berkata, BN Perak akan terus menyantuni golongan muda agar mereka keluar mengundi pada PRU15.

“Ia sebagaimana yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.

“Saya percaya, para pe­ngundi muda di Perak yang te­lah kita santuni ini, mereka tidak akan tersilap pilih calon,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI