fbpx

Aplikasi Dr Mommy Baby beri kemudahan ibu bapa moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Malar (tiga dari kiri, bawah) pada majlis pelancaran aplikasi mudah alih Dr Mommy Baby di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dr Mommy Baby, platform sehenti penjagaan kesihatan untuk ibu bapa dan anak-anak, telah memperkenalkan aplikasi mudah alihnya yang menawarkan maklumat terkini kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik jenama Dr Mommy Baby, Dr. Ramzul Adli berkata, informasi yang tersedia dalam platform tersebut meliputi pelbagai perkhidmatan kepada pengguna termasuk rawatan tentang kesuburan,  bersalin dan juga aspek penjagaan kesihatan kanak-kanak yang mana ia sangat bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan kehendak ibu bapa moden.

“Dr Mommy Baby adalah platform yang mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin berguna oleh ibu bapa. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan platform untuk mencari klinik atau kemudahan perubatan terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran aplikasi mudah alih Dr Mommy Baby di sini baru-baru ini.

Selain itu, bersempena pelancaran Dr Mommy Baby, ibu bapa turut dijemput menyertai kempen Care4You yang  mana mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti berkaitan dengan kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan kanak-kanak, pemeriksaan dan penjagaan mulut. 

Dalam masa yang sama, Dr Malar Santhi Santherasegapan yang juga  seorang pegawai perubatan dan  pempengaruh media sosial telah dilantik sebagai duta jenama Dr Mommy Baby. 

Beliau akan menerajui kempen itu bersama 16 pempengaruh lain yang menjiwai semangat menjadi seorang ibu selain berkongsi petua dan maklumat bermanfaat kepada ibu bapa dan anak-anak dari segi fizikal, mental dan emosi.

Di samping itu, satu siri jelajah juga akan diadakan dari Oktober hingga Disember ini untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan ibu bapa dalam memainkan peranan proaktif dalam memahami kesihatan keluarga. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI