PETALING JAYA – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berjiwa besar apabila bersikap tenang selepas namanya tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.
“BN dan PN serentak mengumumkan senarai calun PRU 15 masing-masing malam ini. BN menyenaraikan calon pilihan Presiden UMNO.
“Sudah tentulah segala kepandaian dan kebijaksanaan telah dikerah untuk memilih calun terbaik yang diyakini akan membawa kemenangan kepada BN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Annuar turut mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon-calon tersebut. – KOSMO! ONLINE