fbpx

Adam Shahz letih layan ‘drama’ Fatin Afeefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM Shahz menafikan dirinya gila bayang apabila konflik antara dia dengan Fatin Afeefa masih berlarutan biarpun sudah lima tahun bercerai.

PETALING JAYA – Pelakon Adam Shahz mengakui letih melayan ‘drama’ bekas isterinya, Fatin Afeefa yang mengumumkan mahu angkat kaki dari dunia seni disebabkan tidak tahan berdepan tohmahan.

Katanya, dia tiada kaitan dengan segala tindakan wanita itu yang seolah-olah sengaja mencari pasal apabila kerap mengaitkan namanya supaya dikecam masyarakat.

“Siapa yang tak ‘move on’? Kami sudah lima tahun bercerai, tapi dia asyik salahkan saya atau kaitkan perceraian sebagai modal kandungan dalam laman sosial demi mencuit perhatian.

“Saya sudah boleh ‘baca’ apa yang cuba dilakukan. Tak dapat kenakan saya dengan tuduhan konon anak maklumkan saya bermalam bersama perempuan lain, kini dia naikkan pula isu nafkah.

“Cuma silap saya tak rekodkan penyerahan wang ketika awal perceraian kami sekitar 2017.

“Waktu itu saya bagi terus di tangan sebab sepanjang dia menjalani penggambaran sebuah drama bersiri, saya yang jaga anak. Selepas itu memang saya bank-in duit tersebut.

“Sekarang sebut pula ada bukti mesej saya suruh berhenti berlakon. Kenapa pula dia kena ikut cakap saya? Kami tiada ikatan apa-apa, lagipun dia nyatakan lama tak berhubung dengan saya,” katanya.

Tambah Adam lagi, sekiranya Fatin tidak berpuas hati dengan isu nafkah, dia mencabar bekas isterinya itu untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan, bukannya mengadu dalam media sosial.

“Siapa yang buli siapa? Isu nafkah kalau tak puas hati bawa saja ke pihak pengadilan, bukan mengadu dalam media sosial.

“Paling penting saya dah jalankan tanggungjawab, tetapi dinafikan hak untuk bercakap mahupun berjumpa anak sejak dua minggu lalu.

“Cukup-cukuplah drama. Jangan nanti terbongkar aib sendiri sedangkan selama ini saya sudah sehabis baik simpan perkara yang tak perlu didedahkan kepada umum termasuk punca perceraian kami,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah aktor berusia 41 tahun itu, dia juga langsung tiada rasa cemburu apabila Fatin dikatakan sudah mempunyai kekasih selain bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah dengan rela memudahkan cara selepas Fatin menghubunginya untuk bertanyakan dan meminta bantuan mendapatkan sijil perceraian bagi urusan pernikahannya.

“Dia ada tanya saya sudah ambil sijil cerai atau tidak. Saya bagi saja apa yang diminta supaya urusannya lancar. Saya sudah tiada apa-apa perasaan pun padanya.

“Jadi mana timbul cerita saya cemburu atau gila bayang. Saya ada kehidupan sendiri,” katanya.

Mengenai tuntutan yang ingin dibawa Fatin ke pihak pengadilan, Adam mengakui sudah lama bersedia bertemu di mahkamah dan enggan membiarkan kemelut tersebut hangat dalam media sosial.

“Saya tak perlu jelaskan kepada netizen mengenai hal yang didakwa Fatin dalam laman sosial.

“Jika benar mahu membabitkan perundangan, saya juga punya bukti kukuh terutama membabitkan nafkah dan hak penjagaan anak saya, Ivy Herra Sophia.

“Ketika bercerai kami bersetuju jaga anak sama-sama, tetapi alih-alih dia dakwa hak jatuh kepadanya.

“Soal Adam Aisy Arrian pula cuba tanya anak itu sendiri, siapa momokkan yang saya bukan ‘daddy’ dia, selain dihalang bawa dia keluar?” ulas pelakon Juvana itu.

Semalam, Fatin yang popular dengan filem Tentang Bulan mengumumkan sudah 10 bulan berhenti berlakon kerana enggan kontroversi dengan bekas suami turut memberi kesan terhadap anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI