fbpx

Wanita hampir gugurkan kandungan, diperli tak pandai rancangan kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Mana yang ada anak setahun satu, tak sayang rahim? waktu main tak beringat.”

Demikian kata-kata pedas yang dilontarkan sebahagaian besar doktor mahupun jururawat yang mengendalikan kes golongan ibu yang hamil dalam jarak dekat.

Tidak dinafikan, ada pasangan mengambil pendekatan merancang kehamilan mereka dengan mengamalkan pemakanan suplemen atau menggunakan alat keselamatan bagi mengelak daripada mengandung ketika bersama, namun rezeki Allah siapa yang sangka.

Bagaimanapun, ada sesetengah kaum ibu ini berasa tertekan dengan perlian serta kata-kata negatif daripada orang luar terhadap mereka sehingga ada yang sanggup menggugurkan kandungan.

Berkongsi cerita, seorang pengguna TikTok, Shena memaklumkan, ketika dia sedang mendapatkan pemeriksaan setiap bulan di sebuah klinik kesihatan, kebanyakan jururawat di sana mengumpat tentang dirinya.

Katanya, pada awalnya dia masih boleh terima beberapa teguran doktor dan jururawat yang memberi nasihat tentang risiko hamil pada jarak dekat memandangkan anak sulungnya baru memasuki usia setahun.

Setelah beberapa kali diperli sedemikian, ia seolah-olah satu hinaan kepadanya.

Menjengah ke ruangn komen pula, ramai para ibu yang pernah mengalami situasi sama seperi dikongsikan wanita berkenaan.

“Sama dengan saya, anak sulung baru 10 bulan, rezeki mengandung lagi, kena bising, kena perli setiap kali buat pemeriksaan kandungan,” kata Iman.

“Saya pun pernah terfikir nak gugurkan kandungan masa dua minggu mengandung, jadi tertekan sebab macam kita buat jenayah, Alhamdulillah, keluarga sentiasa bagi kata-kata semangat untuk kekal jaga, kini tunggu hari sahaja untuk melahirkan cahaya mata ketiga saya,” kongsi Syafina. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI