fbpx

Ular sawa 20 kg menyorok dalam enjin kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM sedang menjinakkan seekor ular sawa batik yang dijumpai di dalam bahagian enjin sebuah kenderaan Toyota Avanza di R&R Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Naluri seorang lelaki yang tidak sedap hati sewaktu memandu kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) terbukti tepat apabila rupa-rupanya seekor ular sawa melingkar pada bahagian atas enjin kenderaan itu.

Kehadiran ular sawa seberat kira-kira 20 kilogram berkenaan hanya disedari apabila lelaki berusia 50 tahun berkenaan memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di sini pada pukul 5.45 petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia(APM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, sewaktu kejadian, lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Terengganu selepas menghantar anaknya ke Politeknik Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

“Dia pada mulanya tidak sedap hati mendengar bunyi geseran mencurigakan di dalam bahagian enjin kenderaannya.

“Terkejut dia rupa-rupanya seekor ular sawa batik melingkar di bahagian atas enjin tersebut sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zabri berkata, sepasukan anggota APM bergegas ke R&R Ajil dan mengambil masa hampir 25 minit untuk menangkap haiwan reptilia berkenaan.

Beliau berkata, ular sawa yang berjaya ditangkap tersebut telah dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Kita bercadang untuk melepaskan semula haiwan reptilia berkenaan di habitat asal pada masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI