fbpx

Tragedi Itaewon boleh dielak – Yoon Hong-bin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOON Hong-bin turut berada di tempat kejadian yang meragut hampir 200 nyawa termasuk seorang pelakon, Lee Ji-han.

PELAKON popular K-drama, Yoon Hong-bin merupakan antara saksi situasi cemas yang berlaku semasa pesta Halloween di Itaewon, Korea Selatan baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum kejadian rempuhan maut tersebut berlaku ada petanda awal yang memungkinkan episod hitam itu boleh dielak.

“Semasa kejadian, saya mendengar jeritan orang ramai yang meminta untuk tidak menolak antara satu sama lain kerana polis hanya berada di jalan utama.

“Apabila saya keluar dari jalan untuk merokok, ternampak pula kejadian kejar-mengejar ambulans,” kata pelakon My Love, My Family itu.

Sempat membantu beberapa orang di sana, Hong-bin menyaksikan babak sedih apabila orang merayu-rayu memanggil nama orang tersayang yang sudah tidak sedarkan diri.

Hong-bin turut menyedari kesukaran pihak polis mengawal keadaan disebabkan jumlah orang yang terlalu ramai.

Namun, apa yang lebih mengecewakan apabila tiada sesiapa yang boleh membantu menjadi penunjuk arah yang kepada orang untuk keluar dari tempat sesak.

“Saya harap ramai yang boleh memberikan kerjasama selepas ini supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi,” ujar Hong-bin kecewa.

Kejadian yang berlaku pada malam 29 Oktober lalu tersebut meragut nyawa hampir 200 orang termasuk seorang pelakon, Lee Jihan, 24.

Difahamkan, penari kumpulan YGX iaitu Jihyo turut berada di lokasi kejadian tetapi dia terselamat dalam rempuhan tersebut kerana pulang awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN