fbpx

Seorang lagi anak Allahyarham Fatin Hazlin Dahlia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nur Qaireen Luthfia (kiri),manakala Allahyarhamah Fatin Hazlin Dahlia Mazlam (kanan).

SKUALA TERENGGANU – Anak kedua Allahyarhamah Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30, yang terlibat dalam kemalangan di Setiu pada Jumaat lalu menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Nur Qaireen Luthfia Mohd. Lekman, 5, meninggal dunia selepas hampir 67 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 11.05 pagi.

Nenek kanak-kanak tersebut, Sharifah Suzi Suriani Sayed Anuar, 53, berkata, jenazah cucunya dikebumikan bersebelahan pusara ibu dan adik ketiganya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar, Manir di sini selepas solat Asar tadi.

“Belum reda kesedihan kehilangan anak perempuan yang sedang sarat hamil dan cucu lelaki, seorang lagi meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan Fatin Hazlin Dahlia yang sedang hamil kembar dan anak istimewanya, Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman, 22 bulan, maut dalam kemalangan di KM 83, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Bintang, Setiu pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 petang itu, kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak.

Sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjutan Sayyid Uwais Al-Qarni yang menghidap penyakit saraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI