fbpx

Rumah PerakKu II dilancarkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (tengah) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang pembeli Rumah PerakKu I di majlis penyerahan kunci kepada pemiliknya di Simpang Pulai hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

GOPENG – Kerajaan negeri Perak hari ini melancarkan projek Rumah PerakKu II Fasa 1B-Melur yang berharga RM140,000 di Simpang Pulai di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan sebanyak 117 buah rumah teres dua tingkat.

Menurut beliau, projek itu akan dibangunkan oleh pemaju Rumah PerakKu I iaitu Naluri Majujaya Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama antara Perbadanan Menter Besar Perak (MB Inc.) dan MK Land Holdings Bhd. (MK Land).

“Dengan pelancaran projek tersebut, ia dapat membantu rakyat terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM4,850 ke bawah untuk memiliki kediaman sendiri.

“Rumah yang dibina bukan hanya mampu milik bahkan berkualiti. Inilah harapan kita untuk memenuhi keperluan rakyat dan dalam menunaikan janji kita kepada rakyat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan kunci rumah kepada 137 pemilik rumah teres dua tingkat kos rendah Rumah PerakKu I-Kenanga di sini.

Menurut Nolee Ashilin, MK Land Holdings Berhad (MK Land) berjaya menyiapkan 137 unit rumah teres kos rendah fasa satu tersebut walaupun berhadapan kesukaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pengerakan Diperketatkan (PKPD).

“MK Land berjaya menyiapkan rumah PerakKu I sebanyak 137 unit dalam jangka masa yang tepat, tidak mempunyai kelewatan. Kami bersyukur kerana 137 orang akan menerima kunci bermula hari ini,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 56 unit Rumah PerakKu II yang dilancarkan pada hari ini telah pun habis dijual dalam tempoh dua jam pelancarannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI