fbpx

Ramai mahu lelaki tendang gadis dicari sampai lubang cacing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki membelasah seorang gadis tanpa belas kasihan undang kecaman netizen.

PETALING JAYA – Video tular seorang pemuda membelasah seorang gadis tanpa belas kasihan menjadi bualan hangat di media sosial.

Tidak cukup sekadar menampar, malah gadis itu juga dilihat diterajang di perut dan dipukul di kepala berulang-ulang kali menggunakan selipar.

Usahawan dan bekas pengacara popular, Neelofa turut berkongsi video tular itu semalam dan meminta maklumat lanjut tentang kejadian tersebut daripada netizen.

Dalam video berdurasi 18 saat itu memaparkan gadis tersebut tidak melawan malah nampak ketakutan dan menangis menahan sakit sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Tolong kalau jumpa yang record tu sekali terajang muka dia jugak,” komen Lana tidur.

“Berkicap la mamat ni kalau budak perempuan ni ada abang. Kalau kena kat adik perempuan aku, memang tak selamat mamat ni,” kata AA pula.

“Sampai hati lelaki tu. Hancur hati mak ayah tengok anak kena pukul. Apa yang teruk sgt sampai nak pukul anak orang,” ujar Teyah.

Sebelumnya, pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang turut berkongsi video sama di Instagram miliknya namun telah dipadamkan pihak Instagram.

Namun malam tadi, Michael sekali lagi berkongsi video berkenaan dengan versi wajah mereka yang terlibat, dikaburkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI