fbpx

PRU15: BN dan Pas tidak perlu bermusuh – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa.

PETALING JAYA – Penyandang Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyambut baik keputusan Pas semalam yang tidak pernah menganggap Barisan Nasional (BN) sebagai musuh.

Menurut Annuar, walaupun kedua-dua parti itu memutuskan untuk tidak bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun usaha memperkasa muafakat Melayu Islam perlu diteruskan.

Ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi, kedua-dua parti itu tidak seharusnya bermusuh dan perlu saling melindungi sesama umat Islam.

“Teruskan usaha memperkasa muafakat Melayu Islam supaya kita tidak dipertanggung jawabkan di sisi Allah S.W.T di akhirat nanti.

“Berusahalah sedaya upaya dan jangan berputus asa, kita tidak perlu bermusuh. Kita saling melindungi sesama umat, kenali musuh yang sebenar, sahut lambaian persahabatan,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pimpinan Pas terutamanya Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana mengeluarkan satu kenyataan yang bijaksana dan berhemah.

Terdahulu, Takiyuddin semalam memaklumkan bahawa Pas kekal dengan pendirian tidak pernah menganggap BN sebagai musuh walaupun tidak bekerjasama pada PRU15.

Beliau berkata, musuh sebenar parti itu adalah Pakatan Harapan (PH).

Kata Takiyuddin lagi, Pas juga menganggap BN sebagai kawan dan akan terus menyuburkan konsep penyatuan ummah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI