fbpx

Polis rampas cecair syabu 1.8 tan bernilai RM662 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH berkenaan menuju ke Australia dan berasal dari Mexico. - AFP

HONG KONG – Polis merampas cecair syabu bernilai AS$140 juta (RM662 juta) yang disembunyikan sebagai air kelapa dalam rampasan dadah terbesar di Hong Kong pada minggu lalu, lapor laman berita Wion News.

Pasukan kastam menemui dadah seberat 1.8 tan itu di atas sebuah kapal kargo yang dalam perjalanan menuju ke Sydney, Australia dan berasal dari Mexico.

Menurut pihak berkuasa, cecair syabu  itu ditemui tersembunyi di dalam lebih separuh daripada 3,600 karton air kelapa.

Penemuan itu adalah hasil kerjasama antara Polis Persekutuan Australia (AFP),  Polis Sempadan Australia (ABF) serta  Kastam dan Eksais Hong Kong.

Pihak berkuasa Hong Kong dan Australia itu dilaporkan menerima maklumat daripada  pegawai-pegawai Mexico melalui pertukaran risikan.

“Pegawai Mexico menggunakan rangkaian antarabangsa mereka untuk memberi amaran kepada pegawai AFP di Hong Kong tentang kargo mencurigakan yang dihantar dari Mexio ke Australia melalui Hong Kong.

Siasatan berterusan dilakukan oleh pihak kami untuk mengenal pasti kumpulan penjenayah berat rentas negara yang terlibat dalam komplot ini,” kata AFP dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa berkata, dadah itu jika sampai ke Australia, boleh dijual kepada 18 juta orang.

Menurut pihak berkuasa, ini kali pertama penghantaran air kelapa digeledah sejak tahun 2016. Kartel dadah Mexico jarang menggunakan cara demikian untuk menghantar dadah. Kali terakhir rampasan serupa dibuat melibatkan cuma  6 kilogram dadah. 

Rampasan terbaharu polis Hong Kong itu dibuat beberapa hari selepas agensi penguatkuasaan pulau itu merampas syabu  bernilai AS$14 juta (RM66 juta) yang disembunyikan dalam peralatan elektrik, juga menuju ke Australia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI