fbpx

Piala Malaysia: JDT tepati ramalan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA penyerang JDT, Fernando Forestieri sebaik menjaringkan gol kedua JDT pada perlawanan Piala Malaysia menentang PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor hari ini.foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mara ke pusingan suku akhir dengan agregat 6-0 selepas menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) 2-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan yang memperoleh bekalan selesa pada perlawanan pertama itu tampak bersahaja melayan kunjungan pasukan lawan yang lebih terdesak memburu jaringan.

Kelebihan yang dimiliki itu bukan bermakna anak buah Hector Bidoglio tidak bernafsu memburu apabila setelah JDT berjaya mencipta jaringan seawal minit keempat menerusi jaringan Bergson Da Silva.

Benteng ampuh JDT yang diterajui Jordi Amat dan Shahrul Saad berjaya merantai serangan pihak lawan yang mahu memburu gol saguhati.

Biarpun sudah selesa di hadapan, Bidoglio membawa masuk beberapa pemain gantian termasuk Corbin Ong dan Fernando Forestieri bagi menambah bisa untuk jentera serangan Harimau Selatan.

Forestieri tidak mengambil masa yang lama meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menjaringkan gol menewaskan Kalamullah al-Hafiz setelah mendapat umpanan Bergson pada minit-72.

Pasukan pelawat seakan hilang punca dan JDT mengambil kesempatan itu untuk mendominasi permainan namun tidak ada pertambahan gol berjaya dihasilkan.

JDT layak ke suku akhir Piala Malaysia dan akan bertemu antara pasukan Sarawak United atau Kelantan FC.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI