fbpx

Jualan jeli Bellrossa Advance sasar 100,000 kotak sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk makanan tambahan Bellrossa Advances mencatat jualan menggalakkan sejak ia mula dilancarkan.

PETALING JAYA –  Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd. pengeluar produk penjagaan kecantikan dan kesihatan, mengunjurkan jualan bagi jeli Bellrossa Advances sebanyak 100,000 kotak sebulan.

Pengasas syarikat, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin berkata, sasaran jualan tersebut mampu dicapainya memandangkan testimoni positif daripada pelanggan sedia ada menyokong pertumbuhan jualan ekoran jeli tersebut berjaya meningkatkan tahap kesihatan pelanggan khususnya golongan wanita.

Menurut beliau, produk yang dihasilkan daripada kajian dan pembangunan yang teliti dan digunakan terlebih dahulu oleh dirinya ternyata berjaya sehingga memberi manfaat daripada segi penampilan diri yang lebih menarik berbanding sebelumnya.

“Ia bukan produk jamu tetapi kandungan jamu hanya 30 peratus manakala selebihnya adalah daripada bahan semula jadi termasuk esktrak buah-buahan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Syarifah Nur Fakhirah menerangkan, syarikat juga memperkenalkan produk  Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan dalaman berkaitan haid, senggugut dan komplikasi masalah kulit.

Produk yang dijual pada harga di bawah RM80 seunit itu memiliki kandungan anti oksida yang tinggi menjadikan ia sebagai satu suplimen yang lengkap untuk golongan wanita.

Tambah beliau, melalui sokongan daripada 3,200 pengedarnya di seluruh negara sasaran jualan sehingga satu juta kotak dalam tempoh enam bulan akan datang bakal direalisasikannya dengan berkesan. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI