fbpx

Johor dapat bantuan Mindef atasi masalah bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (topi hitam) diberi taklimat dan melawat kawasan paip pecah di Bandar Seri Alam, Masai, Johor hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi membekalkan tangki air tambahan bagi mengatasi krisis air di Pasir Gudang.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, itu merupakan antara pelan jangka masa pendek bagi memastikan ratusan penduduk terjejas di kawasan terbabit mendapat bekalan air bersih.

Beliau berkata, tangki air yang dibekalkan Mindef itu akan ditempatkan di beberapa lokasi strategi bagi memudahkan pengguna mendapat bekalan air bersih itu.

“Saya telah memaklumkan kepada Mindef bagi mendapatkan bantuan tangki air dan menghubungi kem tentera di Kluang untuk menambah tangki air bagi memenuhi keperluan yang mendesak penduduk di kawasan terjejas di sekitar Pasir Gudang.

“Dalam masa sama, kita juga bersama Datuk Bandar Pasir Gudang dan wakil rakyat sedang mengkoordinasi supaya tangki air dihantar ke lokasi strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi paip pecah di Seri Alam, di sini hari ini.

Kebocoran paip air di Bandar Seri Alam, di sini sejak Jumaat lalu menjejaskan sehingga 300,000 penduduk khususnya di kawasan Tanjung Langsat, Plentong, Permas dan Masai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan berkata, kebocoran paip berlaku ketika kerja menaik taraf dilakukan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Kerja menaik taraf untuk menambah satu lagi paip baharu itu menyebabkan kedua-dua paip berukuran 1,000 mm dan 1,200 mm sedia ada pecah.

Beliau turut memaklumkan kerja-kerja menaiktaraf yang dijalankan PAAB akan dihentikan terlebih dahulu selepas kerja membaiki kerosakan dua paip diselesaikan.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, insiden tersebut menyebabkan sebanyak 60,000 akaun masih terjejas disebabkan insiden tersebut.

Katanya, pihak Ranhill SAJ telah turun padang sejak hari pertama dan membawa kepakaran bagi menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk di Pasir Gudang.

“Saya memahami bahawa ini satu ujian besar untuk penduduk di kawasan ini, tetapi ada terdapat teknikal isu paip pecah di kawasan ini dan paip itu terletak sedalam lapan meter.

“Hujan lebat yang turun pada malam tadi menyebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan pihak Ranhill SAJ berdepan sedikit kesukaran untuk membaiki paip rosak.

Kawasan yang masih terjejas termasuk Bandar Seri Alam, Plentong, Taman Rinting, Masai, Permas Jaya dan juga Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI