fbpx

Hab Pemudahcara Perniagaan PKS percepat proses digitalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong Sing (kanan) pada majlis pelancaran hab baharu utk PKS di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – SME Malaysia memperkenalkan sebuah ekosistem perniagaan berpacukan data, Hab Pemudahcara Perniagaan PKS  yang merupakan sebuah platform maya pertama seumpamanya untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memaksimumkan potensi perniagaan masing-masing.

Presiden SME Malaysia Kebangsaan, Ding Hong Sing berkata, menyedari keperluan segera untuk menyokong PKS tempatan berhubung persaingan, perubahan permintaan pasaran dan kerumitan perdagangan global, pihaknya mahu mempercepat proses pendigitalan oleh perniagaan tempatan melalui pengenalan platform maya ini. 

“Transformasi digital kini menjadi lebih penting berbanding tempoh terdahulu.

“Ia merupakan komponen penting untuk membolehkan PKS mengoptimumkan perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

“Dengan kerjasama bersama Fusionex yang berperanan sebagai peneraju dalam inovasi sains data, ia akan menyelaraskan operasi dan menyelesaikan cabaran industri untuk memacu pertumbuhan eksponen kepada ahli kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dikuasakan oleh teknologi Fusionex, Hab Pemudahcara Perniagaan PKS menawarkan satu set penyelesaian inovatif untuk memperkasa SME Malaysia dan ahlinya untuk menganjurkan acara secara hibrid dan mempamerkan tawaran mereka di kedua-dua dunia fizikal dan maya. 

Hong Sing menjelaskan, platform ini akan menyediakan ruang untuk rangkaian dan peluang penglibatan SME di dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) antaranya seperti sesi padanan perniagaan, business pitch, webinar dan persidangan yang dikuasakan AI.

Gabungan kukuh antara teknologi analisis data raya dan AI membolehkan pengguna platform ini memantau, mengukur dan mengurus hasil jualan, interaksi dalam talian dan analisis trend, agar keputusan perniagaan dapat dilakukan berpandukan maklumat yang dipacu oleh data. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI