fbpx

EPL: Newcastle semakin pamer taring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSON meledak dua gol ketika membantu Newcastle membenam cabaran Villa di St. James Park kelmarin. – TWITTER NEWCASTLE UNITED

NEWCASTLE – Tuah bagaikan terus memihak kepada Newcastle United apabila mereka meneruskan aksi tanpa kalah dalam lapan perlawanan termasuk me­raih lima kemenangan ketika menewaskan Aston Villa 4-0 di St. James Park kelmarin.

Tiga gol dalam tempoh 12 minit pada babak kedua selepas mendahului menerusi sepakan pe­nalti Callum Wilson penghujung separuh masa pertama membuktikan skuad kendalian Eddie Howe itu benar-benar mahu mencipta kejutan musim ini.

Babak kedua menyaksikan Newcastle mula menguasai sebahagian besar permainan dan menambah gol menerusi Wilson pada minit ke-56 sebelum Joelinton meledak gol ketika kira-kira tiga minit kemudian.

St. James Park terus berpesta apabila Miguel Almiron melengkapkan malam cemerlang Newcastle menerusi gol keempat pada minit ke-67.

Bagaimanapun, kejayaan Tottenham Hotspur melakar kemenangan menerusi gol lewat permainan sedikit mengecewakan The Magpies apabila mereka gagal untuk melonjak ke kedudukan ketiga.

“Inilah bola sepak yang kami mahu berikan kepada para peminat. Pada separuh masa kedua, saya hanya menikmati perlawanan ini. Para pemain memiliki mentaliti yang sangat menakjubkan.

“Callum sangat menginginkan peluang menyertai England. Itu adalah impiannya sejak kecil dan dua gol yang dihasilkan pada perlawanan ini membuatkan dia sangat berpuas hati,” jelasnya.

Perlawanan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate yang dipercayai sedang memantau secara dekat prestasi Wilson yang dilihat berpeluang untuk melengkapkan senarai skuad The Three Lions ke Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

Sementara itu, kekalahan 0-4 bukanlah suatu yang diinginkan oleh Villa terutama ketika mereka menyambut kehadiran pengurus baharu, Unai Emery dan ia sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan ke-12 liga me­ngutip 12 mata daripada 13 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI