fbpx

EPL: Brighton lega rancangan berhasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRIGHTON meraih kemenangan pertama selepas lima perlawanan dan lebih manis terhasil ketika menentang Chelsea yang dikendalikan oleh Potter. – AFP

BRIGHTON – Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi mencatat kemenangan pertama dalam enam perlawanan selepas menewaskan Chelsea 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex malam kelmarin.

Perlawanan itu boleh dianggap istimewa buat penyokong The Seagulls apabila menyambut kepulangan bekas pengurus, Graham Potter yang mengambil keputusan menyertai Chelsea September lalu.

De Zerbi mendedahkan, beliau menjadikan dua pemain lawan, Marc Cucurella dan Trevoh Chalobah sebagai sasaran kerana ia mampu mendedahkan Chelsea kepada bahaya ketika Brigh­ton menyerang.

“Kami buat persiapan de­ngan memberikan tugas kepada (Kaoru) Mitoma untuk berdepan Chalobah, manakala Solly March menguruskan Cucurella. Saya gembira kerana ia membuahkan hasil kepada pasukan.

“Selain itu, saya juga memuji aksi ditampilkan (Leandro) Trossard dan Adam Lallana kerana memberikan segala-galanya kepada pasukan hari ini (kelmarin). Semua pemain jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Pada perlawanan itu, Brighton memperoleh empat gol menerusi jaringan Trossard dan Pascal Gross serta dua gol menerusi jaringan sendiri Ruben Loftus-Cheek dan Chalobah, manakala gol sagu hati Chelsea dijaringkan Kai Havertz.

“Kami bermain sangat baik pada 20 hingga 25 minit pertama, sama ada ketika memegang bola ataupun tidak. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu meraikan kemenangan ini kerana kami masih ada tugas penting minggu depan,” ujar De Zerbi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI