fbpx

Elon Musk nafi akan pecat majoriti pekerja Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk didakwa mengarahkan pemberhentian kakitangan Twitter secara besar-besaran. – AFP

WASHINGTON – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk menafikan laporan akhbar The New York Times bahawa beliau merancang untuk memberhentikan sebahagian besar pekerja Twitter menjelang November ini  bagi mengelak daripada perlu membuat pembayaran kepada mereka, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Minggu lalu, Musk melengkapkan proses pengambilalihan platform media sosial itu dengan bayaran AS$44 bilion (RM208 bilion) selepas berbulan-bulan berdepan pertikaian undang-undang.

Langkah itu sekali gus menyaksikan beberapa individu  memegang jawatan tertinggi di Twitter dipecat termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Parag Agrawal, Pengerusi dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu.

Hujung minggu lepas, The New York Times melaporkan bahawa Musk turut mengarahkan pemberhentian kakitangan laman media sosial itu secara besar-besaran.

Menurut akhbar tersebut, proses pemberhentian itu akan berlaku sebelum esok, apabila pekerja dijangka menerima geran saham syarikat itu sebagai sebahagian besar daripada perjanjian pembayaran mereka.

Ketika menjawab laporan tersebut yang diutarakan seorang pengguna di Twitter, Musk berkata: “Ini tidak benar.”

Berita itu bagaimanapun menjadi topik perbincangan di platform tersebut, dengan ramai yang cuba meneka bagaimana Twitter akan beroperasi di bawah kendalian Musk.

Ada antara pengguna menyuarakan kebimbangan mengenai dasar kebebasan bersuara seperti yang diperjuangkan bilionair itu mungkin bermaksud individu yang sebelum ini diharamkan di Twitter kerana isu berita palsu mungkin dibenarkan kembali ke platform itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI