fbpx

Dua lelaki maut kemalangan selepas berbalas tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas terlibat dalam kemalangan. – Sky News

LONDON – Dua lelaki ditemui mati selepas sebuah kereta dipandu laju terlibat   dalam  kemalangan semasa pertempuran senjata api tercetus di sebatang jalan di selatan London, lapor akhbar The Sun semalam.

Polis bergegas ke lokasi kejadian di Brixton sekitar pukul 7.50 malam (waktu tempatan) semalam, selepas insiden tembakan berlaku.

Polis Metropolitan berkata, dua lelaki itu ditemui dalam keadaan parah  di Railton Road. Meskipun perkhidmatan kecemasan memberikan bantuan perubatan, kedua-dua mereka disahkan mati di tempat kejadian.

Punca kecederaan  mereka bagaimanapun belum disahkan  dan polis masih menanti pengecaman rasmi kedua-dua mangsa.

Video kemalangan tersebut menunjukkan enjin kereta yang mereka naiki tercabut keluar dan tercampak  di seberang jalan selain tayar turut tercabut.

Sekurang-kurangnya empat buah kereta yang diletakkan di jalan itu rosak teruk dalam nahas tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk melaporkan terdengar bunyi sekitar 12 das tembakan sebelum kemalangan berlaku.

Laporan menyebut bahawa dua individu yang menunggang motosikal berbalas tembakan dengan dua mangsa yang maut itu, sebelum kereta yang dinaiki mereka terbabas di jalan  sama.

“Saya amat terkejut mendengar dua individu terbunuh dalam kejadian tembakan di Railton Road. 

“Saya bersimpati dengan ahli keluarga mereka yang terlibat serta semua yang menyaksikan keganasan di komuniti kita ini,” kata ahli Parlimen Dulwich & West Norwood, Helen Hayes. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI