PELAKON Drew Barrymore mendedahkan sudah enam tahun tidak melakukan hubungan seks sejak berpisah dengan suami ketiganya, Will Kopelman pada 2016.
Menerusi pendedahan yang dibuat dalam ruangan blog miliknya, aktres berusia 47 tahun mengakui seolah-olah kehilangan nafsu untuk menjalinkan hubungan asmara selepas berpisah dengan suami yang dikahwininya selama empat tahun itu.
“Saya sudah berkahwin sebanyak tiga kali. Selepas perpisahan dengan suami terakhir pada 2016, nafsu saya untuk berasmara seolah-olah sudah tiada.
“Sudah enam tahun saya tidak melakukan hubungan seks dan selesa menjalani kehidupan sebegini,” katanya.
Ujar pelakon filem Charlie’s Angels itu lagi, dia memerlukan waktu untuk membuka pintu hati menerima kehadiran lelaki lain.
“Bukan mudah untuk saya membuka semula pintu hati menerima
mana-mana lelaki dalam hidup. Mungkin untuk selama-lamanya,” katanya.