fbpx

Curi baja: Reman suspek disambung lima hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang pada 24 Oktober lalu.

IPOH – Tempoh reman seorang lelaki dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu siasatan kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, perintah sambung reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu diperoleh sehingga Sabtu depan.

“Kita telah merakam keterangan suspek dan beberapa saksi lain yang melihat kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menerusi laporan media Isnin lalu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan rebah di tepi jalan selepas terlibat pergaduhan dengan suspek dalam kejadian pada pukul 5 petang.

Mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya.

Hasil bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan tulang belulang dan jantung fibrosis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI