fbpx

Cuaca buruk di Lembah Klang hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Lembah Klang terutamanya dinasihatkan untuk mengambil langkah persediaan hadapi sebarang kemungkinan banjir kilat ekoran ramalan cuaca buruk di kebanyakan kawasan bermula hari in sehingga 2 November 2022.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan jangkaan cuaca sepanjang tiga hari ini.

Menerusi jadual ramalan yang dimuat naik di Twitter, hujan lebat serta ribut petir dilaporkan melanda satu dua tempat di Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di sebelah pagi termasuklah beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.

“Ramalan cuaca sebelah petang memperlihatkan satu dua tempat di negeri Pantai Timur, utara Semenanjung serta sekitar Lembah Klang yang bakal berdepan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sehingga lewat malam nanti,” katanya.

Dalam pada itu, bagi ramalan pada esok dan Rabu, kebanyakan kawasan di sekitar Lembah Klang menjadi tumpuan kepada cuaca buruk selain sekitar utara Semenanjung yang dijangka mengalami hujan lebat bermula dari pagi hingga malam dalam suatu tempoh tertentu.

“Cuaca sama turut diramalkan di sebahagian besar kawasan negeri Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI