TRAGEDI pesta Halloween di Itaewon yang meragut nyawa hampir 200 orang turut mengorbankan seorang bintang muda Korea Selatan, Lee Ji-han.
Memetik laporan Soompi, pelakon muda berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia rempuhan berlaku berdekatan Itaewon-dong, Seoul pada 29 Oktober lalu.
Ji-han merupakan bekas peserta program ‘survival’ Produce 101 musim kedua yang mengukir nama sejak 2017.
Beberapa rakan artis yang juga merupakan peserta Produce 101 musim kedua seperti Park Hee-seok, Jo Jinhyung, dan Kim Dohyun turut mengekspresikan memori bersama Ji-han dalam Instagram mereka.
“Ji-han meninggalkan tempat ini dan pergi ke tempat yang lebih baik,” tulis Dohyun.
Pengebumian pelakon Proof of Innocence itu dijadualkan pada 1 November di dewan pengebumian Hospital Myongji. – KOSMO! ONLINE