fbpx

570 kes maut akibat kemalangan elektrik sejak 2002

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Isam (kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Program Touchpoint sambil diperhatikan Mohd Elmi (kanan, belakang) di Kampung Kurnia Diraja, di sini, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Sebanyak 570 kes maut membabitkan 1,140 kemalangan elektrik direkodkan berlaku di negara ini sejak tahun 2002.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan (JPOK) Suruhanjaya Tenaga (ST), Mohd Elmi Anas, berkata, dari jumlah tersebut, untuk tahun ini sahaja iaitu sehingga 22 Oktober lalu, sebanyak 49 kes kemalangan elektrik direkodkan di mana 25 kes adalah kes maut.

“Kita harap kes kemalangan elektrik ini dapat dikurangkan. Dari segi keselamatan elektrik, banyak kemalangan berlaku sebab barangan tak ikut standard, ada yang guna peralatan yang tidak diluluskan.

“Malah, ada kes juga yang membaiki alatan sendiri namun sebenarnya tidak mempunyai kemahiran dan ada juga yang menambah beban elektrik di rumah sehingga menyumbang kepada kemungkinan berlakunya kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program Touchpoint di Pejabat Kawasan ST Negeri Sembilan dan Melaka (STNSM) di Kampung Kurnia Diraja, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa selaku perasmi dan ADUN Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said.

Dalam pada itu, Mohd Elmi berkata, sehingga kini STNSM sudah melaksanakan sebanyak 12 inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di dua buah negeri berkenaan dengan empat projek terbaharu di daerah Tampin.

Menurutnya, projek di Kampung Kurnia Diraja membabitkan pendawaian rumah baharu milik Emiroul Norbit, 30, dan juga pihaknya membantu mendapatkan bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Projek lain ialah membabitkan dua buah surau iaitu Surau An Nur, Blok 19, Felda Jelai 3 dan Surau Ar-Raudah Kampung Bacang di Kampung Sri Repah.

“Manakala, satu lagi membabitkan projek gelanggang futsal di Felda Bukit Jalor, Gemencheh. Kerja-kerja pembaikan dijalankan pada 23 Ogos, di mana sistem pendawaian yang tidak selamat dibaiki.

“Peranti Arus Baki (PAB) dan Papan Agihan (DB) di rumah, gelanggan futsal dan surau yang didapati tidak menepati piawaian turut diganti dengan kelengkapan yang diluluskan oleh ST,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isam berkata, projek CSR berkenaan mampu mendidik masyarakat setempat mengenai kepentingan keselamatan elektrik, selain membantu merealisasikan impian Emiroul bagi memiliki kediaman baharu sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI