fbpx

Warga Malaysia bina kilang arak tiruan di Bangkok ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa mengumpul bahan bukti yang dirampas di rumah suspek warganegara Malaysia yang ditahan di Min Buri. - Thaiger

BANGKOK – Seorang rakyat Malaysia ditahan di Bangkok selepas polis membongkar kegiatan penyeludupan arak  dan penghasilan alkohol tiruan menggunakan label palsu untuk dijual kepada penduduk tempatan, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Polis Bahagian Peronda dan Gerakan Khas membuat penahanan tersebut semasa menyer­bu rumah seorang lelaki warga Malaysia berusia 55 tahun, dikenali sebagai Chan di daerah Min Buri, Bangkok minggu ini.

Polis berkata, Chan menyeludup arak pelbagai jenama dari luar negara dan menghasilkan arak  tiruan.

Dia membuat  label  dan setem eksais palsu pada jenama arak asing  yang dihasilkan sendiri dan menjual minuman tersebut pada harga murah di premis hiburan di sekitar Min Buri.

Polis merampas 4,000 setem eksais Malaysia palsu, 96 botol wiski Walton, 240 botol wiski King Robert, lebih 1,000 label palsu Johnnie Walker, wain Penfolds Bin 407, 960 botol arak kosong, dan 360 botol wain kosong.

Chan mengaku bahawa dia mengendalikan kilang alkohol mininya selama kira-kira setahun. 

Dia membeli botol kosong dari kedai kitar semula dan mengisi­nya dengan arak tiruan yang dihasilkan di kilang mininya.

Dia menjual alkohol itu pada harga 3,200 baht (RM399) hingga 7,500 baht (RM935) setiap kotak dan memperoleh pendapatan antara 150,000 baht (RM18,796) hingga 200,000 baht (RM24,941) sebulan.

Chan berdepan tiga pertuduhan di bawah  undang-undang Thailand.  Pada 2019, dia  didakwa dalam kes penyeludupan minuman keras di mana polis merampas bahan bukti bernilai lebih 600,000 baht (RM74,825). –  Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI