fbpx

Turun 8kg, Yazmin Aziz elak sarapan untuk kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBEZAAN ketara berat badan Yazmin Aziz sebelum ini.

PATUTLAH cantik dan langsing! Rupa-rupanya penyanyi Yazmin Aziz mengamalkan diet pemakanan yang ketat untuk mendapatkan bentuk tubuh menawan.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi rahsia dirinya menjaga bentuk badan apabila memberitahu tidak mengambil sarapan.

Kata Yazmin, dalam tempoh sebulan sahaja, dia mampu menghilangkan berat badannya sebanyak lapan kilogram!

Selain itu, Yazmin juga tidak mengambil minuman bergula dan bergas. Waktu makan tengah hari pula, dia hanya mengambil makanan tinggi protein seperti ayam.

“Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas. Hanya minum air kosong.

“Kedua, saya tak ambil sarapan. Hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur. Saya langsung tidak makan nasi,” katanya.

Perkongsian yang dibuat dalam TikTok miliknya itu sekali gus memberi inspirasi kepada peminatnya untuk turut sama mengamalkan diet seperti yang dilakukannya.

Tetapi kena ingat, badan semua orang tidak sama. Jadi, hati-hati ya.

Mungkin Diva boleh tiru cara yang diamalkan Yazmin. Teringin juga nak rasa cantik dan langsing seperti dia. Doakan semoga iman Diva kuat.

DIVA: Comel betul tengok Cik B bergelek depan ibunya, Datuk Seri Vida. Tapi nampaknya netizen kurang senang. Kenapa pula?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI