fbpx

Suara merdu budak lelaki OKU undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang budak lelaki OKU penglihatan menyanyi lagu ‘Tentang Bulan’ dengan penuh penghayatan.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) penglihatan mengundang sebak netizen selepas menghayati suaranya yang merdu ketika menyanyikan lagu.

Menerusi perkongsian video melalui akaun TikTok @arfaanuar2 dipercayai kakak kepada pemilik suara merdu itu, kelihatan seorang budak lelaki kurang upaya penglihatan dengan syahdu menyanyikan lagu ‘Tentang Bulan’.

Susulan video tular itu, rata-rata netizen termasuklah penyanyi asal lagu itu sendiri iaitu Fatin Afeefa turut meninggalkan komen memuji kelunakan suara kanak-kanak lelaki tersebut.

“Ya Allah dik, sedapnya suara,” komen Fatin Afeefa yang juga seorang pelakon.

“Masya-Allah sedapnya suara awak adik, semoga awak tabah menghadapi ujian mendatang dan kakak doakan awak dipermudahkan segalanya,” komen seorang netizen.

“Setiap kekurangan pasti ada kelebihan, kakak hormat awak adik, semoga Allah melindungimu,” tulis seorang lagi netizen.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang menzahirkan rasa sebak sehingga menitiskan air mata kerana terlalu menghayati nyanyian budak lelaki itu.

“Adik, kakak menangis, kakak rasa kakak sudah cukup besar diuji, tapi ternyata tidak. Ada lagi yang lain diuji lebih daripada kakak. Akak doakan Allah jaga adik,” tulis netizen itu.

“Tumpah juga air mata jantan aku pagi ini. Adik, abang tahu adik adalah insan paling kuat sebab itu Allah bagi adik ujian sebesar ini. Jangan menyerah, Allah sayang adik,” komen netizen yang lainnya.

Setakat ini, video tular ini telah meraih lebih 100,000 tontonan dengan 254 perkongsian dan lebih 15,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI