fbpx

Stadium Nasional jadi pilihan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Nasional terus menjadi pilihan kerana memiliki aura tersendiri bagi membangkitkan semangat para pemain Harimau Malaya.

HARIMAU Malaya dijangka terus ‘berkampung’ di Lembah Klang apabila Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai venue yang akan digunakan pada kempen Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF), Disember ini.

Walaupun pernah mencetuskan kritikan ekoran kualiti padang, aura stadium itu pastinya terus ditagih dan turut menjadi venue kepada aksi persahabatan menentang Kemboja yang dija­dualkan 9 Disember depan.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, selain dua aksi Piala AFF menentang Laos dan Singapura, Harimau Malaya juga akan mengharungi dua aksi pemanas badan menentang Kemboja dan Maldives.

“FAM ingin mengucapkan te­rima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai Home of Harimau Malaya bagi kempen Piala AFF 2022.

“Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan.

“Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat dite­ruskan lagi pada perlawanan yang akan datang ini,” katanya.

Sebelum ini, FAM menyenaraikan empat venue, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu; Stadium Hang Jebat, Melaka dan Stadium Sultan Ibrahim sebagai empat pilihan jika tidak dapat beraksi di Stadium Nasional.

Pada Piala AFF kali ini, skuad kendalian Kim Pan-gon berada dalam Kumpulan B bersama Viet­nam, Singapura, Myanmar dan Laos.

Mengikut jadual, Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah kepada aksi Laos dan Singapura pada 24 Disember dan 3 Januari, manakala perlawanan pertama bertemu Myanmar (21 Disember) dan Vietnam (27 Disember) akan dilangsungkan di gelanggang lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI