fbpx

Sama cantik, Rita Nadira iras Zahirah Macwilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Rita mendapat perhatian ramai kerana didakwa memiliki rupa paras iras Zahirah Macwilson.

WAJAH pelanduk dua serupa dalam kalangan selebriti tanah air bukan satu hal yang pelik. Ramai yang memiliki wajah dikatakan hampir sama dengan dengan artis lain.

Baru-baru ini, aktres Rita Nadira pula dikatakan mirip Zahirah Macwilson.

Menurut netizen, bentuk wajah, hidung mancung dan ketinggian mereka yang mencetuskan persamaan tersebut.

Rita dalam satu video memberitahu sedar tentang persamaan yang dicetuskan oleh segelintir netizen.

“Ramai sudah cakap hal sama tetapi Zahirah pastinya lebih cantik daripada saya.

“Menerusi video ini, nilailah sama ada wajah kami sama atau tidak,” ujarnya.

Bagi Diva, jika wajah mereka mirip, itu satu keunikan malah kedua-duanya juga sangat jelita dan model ternama.

Harapnya dapatlah lihat mereka berlakon dalam satu naskhah yang sama nanti. Jadi adik-beradik ke.

Kesimpulannya, disamakan dengan seorang wanita cantik juga satu rezeki ya. Jangan rasa kecewa pula.

DIVA: Harapnya konsert kumpulan Ungu pada 19 November depan tidak ditunda kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI