fbpx

Rakyat diseru bersepakat undi BN demi kestabilan, kemakmuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diseru supaya mengenepikan sentimen politik dan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat Malaysia disaran supaya bersepakat mengundi BN demi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di negara ini.

“Semoga yang belum pernah menyokong BN dapat mengenepikan sentimen politik dan bersama mengundi BN pada 19 November 2022.

“Rakyat tanpa mengira fahaman pollitik harus bersama BN dalam PRU15 demi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di Malaysia.

“Tidak mengapa jika anda sebelum ini bukan ahli dan bukan penyokong kepada BN yang amat berjasa kepada tanah air, tetapi demi Malaysia sahutlah seruan kesepakatan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kestabilan serta kemakmuran amat mustahak diperoleh pada PRU kali ini bagi menjamin masa depan negara dan anggota masyarakatnya.

Menurut beliau, dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi global, maka nasib Malaysia dan anggota masyarakatnya tidak boleh diserahkan kepada ‘ketidakstabilan’.

Tambah beliau, usaha dan rancangan Malaysia untuk bangkit sepenuhnya daripada impak pandemik juga tidak akan dapat dijayakan tanpa kestabilan dan kemakmuran.

“Saksikan gabungan politik selain BN sehingga hari ini masih bercelaru dan tiada hala tuju yang jelas untuk rakyat dan negara dalam memasuki gelanggang PRU.

“Cara berkempen dan cerita politik mereka masih berkisar pada politik kebencian, dendam, fitnah, manipulasi serta personaliti dan akan disusuli dengan janji-janji palsu sama seperti PRU terdahulu.

“Ketahuilah gabungan politik selain BN sedang `takutkan bayang-bayang sendiri’ kerana kezaliman pernah mereka lakukan terhadap pemimpin BN,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI