fbpx

PTPTN raih RM144 juta deposit sempena Bulan Menabung Simpanan SSPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dasuki ketika berucap sempena Majlis Penutup BMS 2022 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yakin akan mencapai sasaran jumlah deposit simpan SSPN iaitu RM150 juta sempena Bulan Menabung Simpanan SSPN (BMS) 2022.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, bagi tempoh 1 Oktober sehingga 28 Oktober 2022, jumlah deposit simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM144 juta.

“Jumlah deposit itu menunjukkan pencapaian signifikan dengan 96 peratus berbanding RM150 juta yang disasarkan.

“Dengan masih berbaki dua hari lagi sebelum 31 Oktober 2022, PTPTN yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 yang berlangsung dalam tempoh bulan Oktober 2022.

Dalam pada itu, Ahmad Dasuki berkata, pelbagai keistimewaan ditawarkan melalui Simpan SSPN Prime yang juga merupakan instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan.

“Antaranya, pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan sehingga RM8000 setahun, perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan maksimum RM10,000 diberikan untuk satu keluarga yang layak dan juga dividen yang kompetitif serta patuh syariah.

“Selain itu, Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam pakej menarik yang mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Jelasnya lagi, PTPTN turut menjalankan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) iaitu Program Junior Superhero Simpan SSPN peringkat negeri Terengganu tahun 2022.

“Melalui program ini, PTPTN memberi sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM100 kepada kelahiran bayi baharu bulan Oktober tahun 2022.

“Ia bertujuan untuk menanam budaya menabung dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penabungan awal serta perancangan kewangan untuk jaminan masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI