fbpx

PRU15: ‘Pihak lawan masih kuat’ – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILANGAN kehadiran penyokong yang dapat dilihat ketika Majlis Pelancaran Konvoi Harapan DAP Pulau Pinang di George Town, di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang dilihat mengambil pendekatan bersedia dengan sebarang kemungkinan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini selepas mengakui parti lawan masih kuat untuk ditandingi.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, PRU15 kemungkinan adalah lebih penting dan akan menjadi sejarah kepada negara.

Menurutnya, agenda paling besar pada PRU kali ini adalah usaha menyelamatkan negara setelah empat tahun setengah rakyat melalui pelbagai cabaran politik, ekonomi dan kesihatan.

“Perlawanan PRU15 adalah pilihan raya yang mungkinnya lebih penting daripada PRU14 sebab kita tahu apa yang sudah berlalu dalam empat tahun setengah ini. Kita dapat kuasa, tidak hilang kuasa tetapi negara masih memerlukan kepimpinan Pakatan Harapan.

“Seperti PRU-PRU yang lepas, saya bagi pihak DAP dan PH (Pakatan Harapan) Pulau Pinang sekurang-kurangnya mahu kekal kesemua kerusi yang kita menang. 11 kerusi di Pulau Pinang dan tambah dua lagi matlamat kita di Pulau Pinang pada PRU15 ini.

“Tetapi, ini bukan satu perjuangan yang boleh dipandang mudah. Pihak lawan masih kuat. Kita perlu bertekad memastikan jentera pilihan raya di seluruh negeri Pulau Pinang cukup kuat untuk tahan dalam kempen PRU15 mula dari sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Konvoi Harapan DAP Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pada program tersebut, sebanyak 170 kereta akan digunakan sebagai konvoi jentera parti untuk sesi penjelajahan di seluruh Pulau Pinang.

Pada PRU15, Kon Yeow merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Batu Kawan menggantikan penyandangnya Kasthuri Patto.

Baru-baru ini, Kasthuri mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 bagi memberi laluan kepada calon lain mewakili DAP di kerusi berkenaan.

Kon Yeow yang sebelum ini merupakan penyandang di kerusi Parlimen Tanjong akan digantikan dengan Senator Lim Hui Ying yang juga adik kepada Lim Guan Eng. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI