fbpx

PRU15: Kon Yeow calon Parlimen Batu Kawan, Guan Eng kekal di Bagan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) ketika mengumumkan senarai tujuh calon DAP Pulau Pinang bagi PRU15, di George Town di sini hari ini. - FOTO/ IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang masih kekal mempertaruhkan Pengerusi Kebangsaan parti itu, Lim Guan Eng sebagai calon bagi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan dipertandingkan sebagai muka baharu di Parlimen Batu Kawan bagi menggantikan penyandangnya Kasthuri Patto.

Sebelum ini, Kasthuri mengumumkan tidak bertanding pada PRU15 bagi memberi laluan kepada calon lain mewakili DAP di kerusi berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, seramai tujuh calon akan dipertandingkan untuk kerusi Parlimen di Pulau Pinang termasuk tiga muka baharu yang berpengalaman dan berkomitmen tinggi.

Menurutnya, selain Kon Yeow, DAP meletakkan Syerleena Abdul Rashid di Parlimen Bukit Bendera dan senator Lim Hui Yin di Parlimen Tanjong.

“Calon yang diumumkan ini melambangkan kepelbagaian kaum di Pulau Pinang. Kepelbagaian ini merupakan kekuatan paling besar di negara kita.

“Tujuh calon ini telah dipilih atas cadangan daripada jawatankuasa DAP Pulau Pinang dan telah diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon,” katanya ketika mengumumkan nama calon mewakili parti itu pada Majlis Pelancaran Konvoi Harapan DAP Pulau Pinang, di sini hari ini.

Tambahnya, tujuh calon tersebut adalah satu pasukan yang dipersetujui secara konsensi di peringkat pusat dan tiada sebarang pertikaian dan isu berbangkit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI