fbpx

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada setiap kakitangan awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi bantuan tersebut yang akan dibayar pada hujung tahun ini.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program dan projek dirancang kerajaan demi membangunkan negeri.

“Kakitangan awam negeri juga terlibat menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di negeri ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Kedah pada Mesyuarat Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI