fbpx

Nas-T impi mahu jadi watak utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGGAN penonton jemu, Nas-T kini bersikap selektif dalam pemilihan watak.

USIANYA bertapak dalam industri hiburan bukan lagi diibaratkan ‘setahun jagung’. Selama 15 tahun, pemilik nama pentas Nas-T sudah ‘membiakkan’ bakatnya dalam bidang seni bermula dengan kerjaya sebagai pemuzik bersama kumpulan Dragon Red.

Pada 2006, dia kemudian melebarkan sayapnya apabila terjun dalam bidang lakonan dengan membintangi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly.

Bakat lakonannya pantas diburu produksi apabila seterusnya diberi kepercayaan membintangi drama bersiri, KAMI The Movie sebagai Abu.

Menerusi watak itu, Nas-T berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) pada 2009.

Hari ini, pemilik nama sebenar Nas Muammar Zar Nasruddin itu cukup dikenali sebagai salah seorang pelakon aksi apabila kerap hadir membintangi naskhah yang mengetengahkan genre ‘action’.

Kemunculannya dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang ditayangkan sekitar Ogos lalu meledakkan kembali nama pelakon berusia 39 tahun itu dalam persada perfileman negara.

Malah, Nas-T menganggap 2022 merupakan tahun rezeki buat dirinya.

SELEPAS lebih sedekad dalam industri, Nas-T berkata, dia kini sudah selektif dalam memilih watak agar penonton tidak bosan dengan lakonannya.

“Alhamdulillah tahun ini saya anggap tahun rezeki saya dalam industri. Selepas Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, saya hadir pula dengan Astana Mini Series.

“Sekarang saya juga sedang buat persediaan untuk sebuah lagi filem arahan Syamsul Yusof yang turut menampilkan pelakon Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy,” katanya.

Selepas lebih sedekad keberadaannya dalam industri, Nas-T kini agak selektif memilih watak dalam lakonan supaya tidak ‘melekat’ dengan karakter yang sama.

Kata bapa kepada dua orang cahaya mata itu, dia mahu mencari kelainan dari segi watak supaya penonton tidak jemu dengan lakonannya.

“Hari ini saya agak selektif. Sebagai pelakon, saya mahukan kelainan. Tak naklah bawa watak yang sama sahaja.

“Saya mahu penonton tahu bahawa saya seorang pelakon serba boleh. Bukan hanya tertumpu pada filem bergenre aksi semata-mata,” katanya.

ENGGAN tertumpu kepada aksi semata-mata, Nas-T juga mahu mencuba lebih banyak watak lain.

Pada masa sama, jauh di sudut hati, pelakon filem Tanda Putera itu sebenarnya turut menyimpan impian untuk memegang watak utama sebagai hero.

Hal ini kerana, setakat ini dia belum pernah lagi diberi peluang sebegitu meskipun berpengalaman lebih sedekad dalam industri.

Bagaimanapun, Nas-T enggan terlalu berharap kerana sedar dirinya tidak mempunyai ‘kuasa’ menentukan watak dipegangnya dalam sesebuah lakonan.

“Saya belum pernah lagi diberi peluang membawakan watak utama sebagai hero.

“Sejujurnya sebagai pelakon yang sering membawakan watak aksi, saya berharap suatu hari nanti dapat menjadi hero utama dalam naskhah lakonan.

“Cuma saya tiada kuasa untuk memilih watak. Tapi tidak mengapa. Itu cuma harapan saya sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI